Kelas Melukis Bendera Malaysia menggunakan Ms Power Point
18 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniSempena bulan kemerdekaan ini, pihak Pusat Internet Lawang telah mengadakan kelas untuk melukis bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang menggunakan Ms Power Point. Sebelum ini mereka hanya tahu untuk menggunakan Power Point bagi membuat perbentangan kerja kursus ataupun penyampaian ilmu. Namun pada kali ini mereka diajar untuk melukis bendera menggunakan Ms Power Point. Ms Power Point adalah program persembahan, yang dibuat oleh Robert Gaskins dan Dennis Austin di sebuah syarikat perisian bernama Forethought, Inc. Ia dilancarkan pada 20 April 1987, awalnya hanya untuk komputer Macintosh. Microsoft memperoleh pendapatan sebanyak $ 14 juta tiga bulan selepas perisian PowerPoint ini muncul.
Seramai 5 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Lawang pada 17 Ogos 2020, Isnin yang lalu untuk menyertai Kelas Melukis Jalur Gemilang ini yang bermula pada jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar diberi tunjuk ajar untuk melukis Jalur Gemilang tanpa perlu menggunakan perisian hebat seperti Adobe Photoshop. Ms Power Point juga boleh digunakan untuk dijadikan medan untuk adik-adik ini berkarya. Setelah itu, para pelajar diberikan Kuiz Kemerdekaan yang perlu dijawab secara atas talian menggunakan Kahoot.
Kami di Pusat Internet Lawang menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: